Sunday, April 26, 2009

Selangor & Piala FA

Sabtu lepas selepas pick up pak & mak mertua aku balik dari menunaikan umrah kat KLIA memang ada hati nak pie stadium bkt jalil tengok final Selangor vs Kelantan... tapi aku tak berkesempatan nak pergi stadium sebab cam tak sedap pulak tinggalkan orang baru balik umrah.... so aku pun tak plan laa pergi stadium dan dok laa lepak umah mertua... tepat kol 8.40 pm aku dah set channel tv1 nak tengok bola.... tapi bila dok syok tengok commentator bercerita, bapak mertua aku plak potong line bukak tv3 tengok berita.... aku pun slow2 angkat kaki laa balik umah aku sambil pesan kat bini aku nanti kol 11 aku datang balik.... Syoknyer balik umah bukak tv dok sorang2 kat sofa L aku, sambil bukak air cond.... pergh memang berdebar2 jantung dibuatnya Selangor ngan Kelantan memang fight laaa... maybe jiran ingat aku gila kot jerit sorang2 masa Amri score gol penyamaan & time bola Indra Putra melambung kena tiang...hahaha .....maybe diorang tgh stress giler sampai tendang bola pun dah tak on target... Anyway, both team deserve to win and both team perfom well, except nasib Kelantan tak berapa baik laa masa penalti tue.. lain tahun cuba lagi yerk..... So All the Best for Selangor & Selamat mencuba piala yang lain plak...........


Selangor mahu ulangi kejayaan juara Treble 2005 ...........dicedok dari Utusan Melayu..25/4/09

MUSIM lalu Selangor sering kecewa apabila setiap kali beraksi di peringkat akhir baik dalam Piala FA mahupun Piala Malaysia hajat mereka untuk muncul juara sering disekat oleh pasukan Kedah.
Bagaimanapun malam kelmarin mereka memberi isyarat bahawa 2009 akan menjadi musim gemilang seperti mana yang dilakukan pada 2005 (kejuaraan treble) selepas muncul juara Piala FA menewaskan Kelantan.
Ketika ketinggalan 1-0 pada masa tambahan kepada anak-anak buah Peter Butler ramai yang beranggapan bahawa Piala FA tahun ini akan singgah di Pantai Timur tetapi ketua pasukan, Amri Yahyah hadir sebagai penyelamat menerusi jaringan penyamaan.
Kehadiran seimbang kira-kira, 80,000 penyokong kedua-dua pasukan masuk ke peringkat yang lebih mendebarkan apabila kemenangan ditentukan melalui sepakan penalti.
Namun pengalaman yang dimiliki pemain Selangor seperti Khairul Anuar Baharom, D.Surendren dan Safee Sali menceriakan penyokong Merah Kuning selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti termasuk pemain berusia 22 tahun, Mohd. Nasriq Baharom.
Sebaliknya pemain berpengalaman Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak gagal melaksanakan tanggungjawab besar apabila sepakan kedua-dua pemain itu masing-masing terkena palang dan tersasar.
Kegagalan kedua-dua pemain Kelantan itu membolehkan Amri menjulang piala kedua musim ini selepas menjuarai Piala Sumbangsih Februari lalu menewaskan Kedah 4-1.
Ada yang mula membayangkan Selangor sudah mengorak langkah untuk mengulangi kejayaan 2005 muncul juara Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia di bawah kendalian Dollah Salleh.
Kedudukan pasukan Gergasi Merah di dalam Liga Super pula hanya kurang tiga mata daripada pasukan pendahulu Perlis dan K. Devan menggangap jarak tersebut masih mampu untuk dipintas mereka jika terus mencatatkan kemenangan demi kemenangan.
Apa yang perlu difikirkan oleh bekas pengendali Negeri Sembilan dan KM Naza itu ialah mencari formula terbaik untuk mengasah lebih tajam bahagian serangan mereka memandangkan dalam perlawanan akhir kelmarin tidak lebih dari 12 percubaan dilakukan Selangor berbanding Kelantan hampir 20 percubaan.
Gandingan antara Safee dan Rudie Ramli perlu dipertajamkan lagi bagi mengulangi kehebatan bekas pemain import mereka pada 2005 Bambang Pamungkas yang sentiasa menggegarkan jaring pasukan lawan.
Bahagian tengah Selangor pula dilihat seimbang antara pemain senior dan pemain muda diketuai Amri sambil dibantu Hardi Jaafar, Amirulhadi Zainal, C. Premnath dan Fazalidin Khalid membentuk gandingan mantap.
Jika pasukan ini terus dipelihara dan digilap seperti mana yang dimahukan oleh Devan, sudah tentu kejayaan demi kejayaan bukan sahaja bakal dikaut mereka pada musim ini sahaja malah berterusan pada musim-musim yang mendatang.
Kekuatan di setiap posisi juga harus diseimbangkan dan pemain-pemain lain tidak seharusnya hanya mengharapkan kepada sentuhan Amri sahaja malah bersama-sama membantu anak jati Selangor itu untuk mengulangi 'Treble 2005'.

No comments: